MENU

Menu utama

ROAD TO KEMBARA MAHKOTA PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT, MAJLIS PELANCARAN GERAK TUMPU JOHOR BERSIH DAERAH BATU PAHAT DAN PELANCARAN LOKASI TAPAK KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023

18 JUN 2023 | AHAD - Program di mulakan dengan Program Road To Kembara Mahkota Peringkat Daerah Batu Pahat diadakan di Menara MPBP dan dirasmikan dan dibuat pelepasan konvoi oleh Yang Berhormat Tuan Haji Onn Bin Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat.

Program konvoi ni melalui jalan-jalan yang telah dicadangkan bagi laluan program Kembara Mahkota Johor daerah Batu Pahat 2023.

Konvoi tersebut bergerak ke Pusat Pertanian Parit Botak bagi program Gerak Tumpu Johor Bersih dan Majlis Pelancaran Tapak Lokasi KMJ 2023 di Pusat Pertanian Parit Botak. Peserts konvoi telah di sambut dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail ADUN Senggarang yang merupakan wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Mohd. Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor ( Exco Angkat Daerah Batu Pahat).

Turut hadir sama Tuan Yosri bin Mohd Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Sharifulizan bin Sharifulizan @ Hamzah Pentadbir Tanah Batu Pahat dan Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua MPBP serta Ketua-ketua jabatan daerah, Ahli-ahli Majlis, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung serta peserta Gotong-royong Gerak Tumpu.

Jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam program Gerak Tumpu yang diadakan diawal pagi di tapak cadangan KMJ 2023.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm