Syarat-syarat Lesen
SYARAT-SYARAT LESEN PREMIS PERNIAGAAN
LESEN
-
Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan
-
Lesen tidak boleh dipindah milik.
-
Pemohon hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan premis.
-
Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
-
Tiap-tiap lesen yang dibenarkan adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
-
Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar manamana peruntukan undang-undang Majlis.
KEMUDAHAN SANITASI
-
Kemudahan tandas, bilik air, tempat membasuh tangan, tuala/tisu hendaklah disediakan dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.
-
Menyediakan tong sampah yang sempurna dan mencukupi berserta karung plastik bagi pembuangan sampah perniagaan.
STRUKTUR FIZIKAL/KEBERSIHAN PREMIS
-
Bangunan premis hendaklah dicat dibahagian luar dan dalam.
-
Mana-mana bahagian yang sudah rosak dan kelihatan kotor perlulah diperbaiki.
-
Premis hendaklah dijaga dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur setiap masa.
LALUAN BELAKANG,KAKI LIMA DAN JALAN SUSUR HENDAKLAH DIKOSONGKAN
-
Barang-barang perniagaan dilarang sama sekali diletakkan di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, dan juga tepi jalan.
-
. Aktiviti atau kerja berkaitan perniagaan hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan kerja-kerja di luar adalah dilarang.
KEPERLUAN BOMBA
-
Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi serta diakui sah oleh Jabatan Bomba.
-
Pintu masuk/keluar hendaklah bebas daripada sebarang halangan pada setiap masa.
PENCAHAYAAN,PENGUDARAAN,KESESAKAN,PENYEBARAN HABUK DAN SEBAGAINYA
-
Memastikan pencahayaan serta pengudaraan semulajadi dan mekanikal keseluruhan premis mencukupi.
-
Pelesen hendaklah memastikan tiada kesesakan di premis perniagaan.
-
Pelesen tidak boleh menyebabkan habuk, wap asap, wap haba gas, getaran, bau, pancaran, asap, atau jelaga yang mana ia menjadi kacauganggu atau pencemaran udara.
BAYARAN
-
Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis
-
Bayaran lesen adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
-
Bayaran carian bagi lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
-
Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
MUAT TURUN
SYARAT-SYARAT LESEN PREMIS PERNIAGAAN/PERUSAHAAN MAKANAN
LESEN
-
Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.
-
Lesen tidak boleh dipindah milik.
-
Pemohon hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan premis.
-
Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
-
Tiap-tiap lesen yang dibenarkan adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
-
Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Majlis.
PENGENDALI MAKANAN
-
Semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
-
Semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.
-
Semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju yang berlengan,
-
Semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.
-
Pekerja perlu megamalkan kebersihan diri pada setiap masa semasa mengendalikan makanan.
BANGUNAN PREMIS
-
Bangunan premis hendaklah dicat dibahagian luar dan dalam.
-
Mana-mana bahagian yang sudah rosak dan kelihatan kotor perlulah diperbaiki.
-
Premis hendaklah dijaga dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur setiap masa.
-
Kedudukan premis hendaklah sesuai dan tidak menimbulkan kacauganggu awam.
-
Permukaan lantai hendaklah dipasang jubin atau dengan apa-apa bahan yang mudah dibersihkan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak licin.
-
Dinding premis hendaklah dipasang jubin sekurang-kurangnya 1.5 dari lantai atau dipasang dengan apa-apa bahan yang mudah dibersihkan
-
Tempat penyediaan makanan hendaklah di tempat yang tinggi dan sentiasa berkeadaan bersih.
-
Tong sampah hendaklah disediakan secukupnya lengkap dengan karung plastik dan penutup.
-
Memastikan tiada pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes, pembiakan lalat, lipas, dan tikus samada di dalam atau diluar premis.
PEMASANGAN PERANGKAP MINYAK
-
Menyediakan dan memasang perangkap minyak/lemak di sinki premis atau di tempat yang sesuai.
-
Memastikan perangkap minyak sentiasa berfungsi dan berkeadaan bersih setiap masa.
KEMUDAHAN SANITASI
-
Kemudahan tandas, bilik air, tempat membasuh tangan, dan tuala/tisu hendaklah disediakan dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.
-
Menyediakan tong sampah yang sempurna dan mencukupi berserta karung plastik bagi pembuangan sampah perniagaan.
PERALATAN DAN PERPAKAKASAN
-
Semua barang/peralatan dan bahan makanan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan bersih
-
Peralatan hendaklah dicuci dengan kaedah yang sempurna
-
Perlindungan makanan hendaklah diutamakan semasa penyimpanan, pengangkutan, penyediaan, dan semasa penghidangan.
-
Dilarang membasuh peralatan memasak, pinggan mangkuk, atau lain-lain bekas di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, atau di atas longkang.
-
Menyediakan sekurang-kurangnya 2 unit sinki untuk mencuci peralatan penyediaan makanan. Mencuci di lantai adalah dilarang sama sekali.
-
Penggunaan peti sejuk hendaklah mematuhi suhu tertentu, mempunyai ruang yang mencukupi, susunatur yang betul, dan diselenggara dengan baik.
PENCAHAYAAN,PENGUDARAAN,KESESAKAN,PENYEBARAN HABUK DAN SEBAGAI
-
Memastikan pencahayaan serta pengudaraan semulajadi dan mekanikal keseluruhan premis mencukupi.
-
Pelesen hendaklah memastikan tiada kesesakan di premis perniagaan.
-
Pelesen tidak boleh menyebabkan habuk, wap asap, wap haba gas, getaran, bau, pancaran, asap, atau jelaga yang mana ia menjadi kacauganggu atau pencemaran udara.
LALUAN BELAKANG ,KAKI LIMA DAN JALAN SUSUR HENDAKLAH DIKOSONGKAN
-
Barang-barang perniagaan dilarang sama sekali diletakkan di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, dan juga tepi jalan.
-
Aktiviti atau kerja berkaitan perniagaan hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan kerjakerja di luar adalah dilarang.
STOR PENYIMPANAN
-
Semua barang atau peralatan dan bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet, atau meja yang sempurna.
-
Dilarang meletak stok makanan di atas lantai.
KEPERLUAN BOMBA
-
Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi serta diakui sah oleh Jabatan Bomba.
-
Pintu masuk/keluar hendaklah bebas daripada sebarang halangan pada setiap masa.
BAYARAN
-
Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis.
-
Bayaran lesen adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
-
Bayaran carian bagi lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
-
Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
MUAT TURUN
SYARAT-SYARAT LESEN IKLAN PREMIS PERNIAGAAN
SYARAT PERMOHONAN
-
Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap dan sertakan sijil perakuan kelulusan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
-
Pemasangan sesuatu iklan tidak boleh menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar asap yang telah ditetapkan dan di dinding luar bangunan.
-
Iklan tidak dibenarkan dipasang atau didirikan sebelum lesen dikeluarkan oleh pihak Majlis.
-
Lesen tidak boleh dipindah milik.
SYARAT BAGI KANDUNGAN DAN PERKATAAN DALAM IKLAN
-
Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diutamakan dan 10% lebih besar daripada bahasa lain.
-
Jika Penggunaan Bahasa Malaysia tidak tepat, Yang Di Pertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memberikan notis secara bertulis supaya membuat pembetulan.
-
Mengekalkan nama syarikat, atau firma yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak perlu diterjemahkan
-
Sesuatu cap dagangan, logo, label, dan slogan yang hendak dipamerkan mestilah mendapat kelulusan daripada Yang Di Pertua
-
Iklan yang menunjukkan perkataan 'Halal' dan 'Ditanggung Halal' hendaklah menunjukkan bukti atau mendapat kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.
BAYARAN
-
Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Batu Pahat.
-
Bayaran lesen adalah bergantung kepada ukuran papan iklan.
-
Bayaran carian bagi mana-mana lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
-
. Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
CONTOH VISUAL IKLAN

MUAT TURUN
SYARAT-SYARAT LESEN PENJAJA / PASAR LAMBAK DAN GERAI
LESEN
-
Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.
-
Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun
-
Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.
-
Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.
-
Peniaga hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
-
Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
-
Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang undang.
PENGENDALI MAKANAN
-
Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
-
Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.
-
Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju berlengan, dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa
-
Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.
KEBERSIHAN TEMPAT MAKANAN
-
Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.
-
Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur
SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DIIKUTI OLEH PELESEN (PENJAJA BERGERAK):
- Penjaja dilarang sama sekali meninggalkan peralatan perniagaan di tapak selepas tamat operasi perniagaan.
- Lokasi hendaklah sesuai dan tidak menyebabkan gangguan lalulintas kenderaan dan pejalan kaki.
- Peniaga TIDAK BOLEH menjalankan perniagaan seperti berikut:
- Dalam lingkungan 9 meter (30 kaki) daripada simpang jalan,
- Dalam lingkungan 3 meter (10 kaki) daripada pili bomba,
- Di atas tangga kaki lima / lapangan yang berturap,
- Di atas tanah rezab kerajaan,
- 50 meter keliling kawasan sekolah dan masjid,
- Bangunan-bangunan kerajaan (Pejabat, Hospital, Balai Bomba dan lain-lain),
- Tempat parkir kenderaan,
- Di tempat-tempat terdapatnya Gerai Majlis (Tasik Y, Minyak Beku dan lain-lain).
PERALATAN AKAN DISITA OLEH PIHAK MAJLIS JIKA DITINGGALKAN DI TAPAK TERSEBUT TANPA SEBARANG NOTIS LAGI
SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DIIKUTI OLEH PELESEN (PASAR LAMBAK):
- Peniaga hendaklah membayar sewa RM10.00/petak setiap bulan.
- Waktu berniaga adalah sebagaimana ditetapkan oleh Majlis :-
- Pasar pagi : Jam 7.00 pagi hingga 1.30 petang
- Pasar malam : Jam 5.30 petang hingga 10.30 malam
- Bagi peniaga makanan, hendaklah mematuhi syarat tambahan:-
- Dapur masak terhad kepada 2 unit sahaja dan diletak di belakang petak
- Kawasan dapur masak mestilah dialas agar tidak merosakkan permikaan petak
- Menggunakan pembungkus makanan yang selamat
- Petak tidak boleh disewakan atau dipindahmilik kepada sesiapa pun.
- Berniaga di petak yang diluluskan oleh Majlis sahaja. Peniaga boleh disaman jika berniaga di luar petak atau petak lain.
- Peniaga dibenarkan menggunakan meja dan payung sahaja, Penggunaan khemah bertali adalah dilarang.
- Peniaga dilarang meletak kenderaan di dalam petak, hanya peralatan sahaja dibenarkan.
- Peniaga hendaklah mempamerkan ‘TANDA HARGA’ bagi setiap barangan yang dijual.
MUAT TURUN
SYARAT-SYARAT LESEN ANJING
LESEN
- Lesen anjing sah sehingga 31 Disember setiap tahun dan Mesti Diperbaharui Pada Setiap Tahun Sebelum 31 Januari tahun berikutnya.
-
Semua anjing yang berumur 3 bulan atau lebih yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnahkan.
-
Memberi jagaan yang sempurna dan pastikan bebas dari sebarang jangkitan penyakit.
-
Mendapatkan suntikan imunisasi mencegah penyakit anjing gila (Hydrofobia) dan dapatkan sijilnya daripada Doktor Veterinar yang diperakui.
-
Menyediakan kandang / kanel yang sesuai dan menjaga kebersihannya serta mengurus najis, air kencing, sisa makanan dengan sempurna.
-
Mengawal dan menghindarkan dari mudarat serta kacau ganggu kepada alam skitar dan orang awam iaitu :
-
Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan
-
Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar
-
Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga menjadi kacau ganggu kepada jiran-jiran
-
Tidak dibenarkan dimana-mana premis atau pegangan digunakan bagi menyimpan anjing untuk pembiakan bagi maksud perdagangan melainkan jika dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Melesen
-
MPBP boleh mengambil tindakan termasuk mengarahkan anjing berlesen itu ditangkap sekiranya mendapati anjing berlesen itu mebahayakan dan tiada pampasan boleh dituntut.
-
MPBP boleh menangkap mana-aman anjing yang berlesen tetapi berkeliaran di tempat awam. Pemunya yang ingin menuntut dengan menjelaskan bayaran kompaun RM500.00. Kegagalan menuntut dan menjelaskan bayaran kompaun membolehkan MPBP melupuskan anjing tersebut.
-
Bilangan Dan Jenis Rumah Dibenarkan Untuk Pemeliharaan Anjing :
- Rumah Pangsa -1 Ekor
- Rumah Teres Dan Rumah Link – 2 Ekor
- Rumah Berkembar – Tidak Lebih 3 Ekor
- Rumah Banglo – Tidak Lebih 4 Ekor
MUAT TURUN
SENARAI LESEN PERNIAGAAN YANG DILULUSKAN DALAM TEMPOH 24 JAM | ||||
NEGERI | DAERAH | SUB KATEGORI | BIL | SENARAI LESEN |
Johor | Majlis Perbandaran Batu Pahat |
Lesen Premis Perniagaan **Kelulusan dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap termasuk telah mendapat sokongan teknikal dari jabatan berkaitan sekiranya perlu |
1 | Lesen Menyimpan Petrol dan Minyak |
2 | Lesen Panggung Wayang | |||
3 | Lesen Kedai Makan | |||
4 | Lesen Kedai Barang Runcit | |||
5 | Lesen Perniagaan Khas | |||
6 | Lesen Pasar | |||
7 | Lesen Gunting Rambut dan Kerinting | |||
8 | Lesen Kedai Roti dan Kek | |||
9 | Lesen Kedai Ubat dan Farmasi | |||
10 | Lesen Kedai Barang Mentah | |||
11 | Lesen Membaiki/Menjual Kenderaan | |||
12 | Lesen Pasaraya/Pasar Mini | |||
13 | Lesen Hardware dan Logam | |||
14 | Lesen Kejuruteraan | |||
15 | Lesen Barang Elektrik/Elektronik | |||
16 | Lesen Kedai Jahit | |||
17 | Lesen Kedai Alat Ganti Kenderaan | |||
18 | Lesen Kedai Alat Tulis | |||
19 | Lesen Kedai Perabot | |||
20 | Lesen Membuat Barang Plastik | |||
21 | Lesen Kedai Kasut | |||
22 | Lesen Kedai Menjual Pakaian | |||
23 | Lesen Kilang Tekstil dan Garments | |||
24 | Lesen Pejabat | |||
25 | Lesen Alat-Alat Elektronik | |||
26 | Lesen Perusahaan Makanan Ringan | |||
27 | Lesen Menjual Kenderaan Bermotor | |||
28 | Lesen Stor | |||
29 | Lesen Kedai Emas | |||
30 | Lesen Kedai Emas | |||
31 | Lesen Perusahaan Kecil | |||
32 | Lesen Kedai Persolekan | |||
33 | Lesen Kedai Cetak | |||
34 | Lesen Kedai Gambar | |||
Lesen Iklan Premis Perniagaan **Kelulusan dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap termasuk telah mendapat sokongan teknikal dari jabatan berkaitan sekiranya perlu |
1 | Lesen Iklan | ||
Lesen Penjaja **Kelulusan dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap termasuk telah mendapat sokongan teknikal dari jabatan berkaitan sekiranya perlu |
1 | Lesen Penjaja | ||
2 | Lesen Gerai |