MENU

Menu utama

01 JANUARI 2024 | ISNIN

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK SEMPENA TAHUN BARU 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menganjurkan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertemakan Program “Kelestarian Alam: Tanggungjawab Bersama” sempena menyambut Tahun Baru 2024 di Pantai Teluk Wawasan, Mukim Bagan, Batu Pahat, Johor.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah telah merasmikan program tersebut. Turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Salim bin Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, YBhg Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat dan Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Program dijayakan dengan penglibatan seramai 150 peserta terdiri daripada Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Sukarelawan Southern Volunteers, Penghulu Mukim, Ketua Kampung Parit Haji Salam, penduduk setempat dan kakitangan jabatan.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya mengekalkan kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem pantai terutamanya di sepanjang persisiran pantai negeri Johor. Program pada tahun ini mensasarkan penanaman sebanyak 600 anak pokok daripada spesies Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) diharap dapat membantu memulihkan semula dirian bakau dan dataran Pantai berlumpur di Teluk Wawasan.