MENU

Menu utama

11 FEBRUARI 2022 | KEBUN KOMUNITI TAMAN BANANG JAYA

Program Lawatan Yang Dipertua MPBP meluangkan masa melawat Kebun Komuniti Taman Banang Jaya. Kebun Komuniti ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 26876.52kp dengan meliputi 26 plot tapak bersaiz 20' x 20' serta sebuah tapak hidroponik yang menempatkan 5 orang Peserta. Projek di bawah Inisiatif kejiranan hijau MPBP ini merupakan tapak kedua Kebun Komuniti yang dibangunkan di kawasan pentadbiran MPBP selepas Kebun Komuniti Taman Sri Penggaram.

Projek ini juga mendapat Khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat dari aspek penanaman pokok, penjagaan tanaman serta Pengurusan kebun yang berkesan.

Pembangunan Kebun Komuniti Taman Banang Jaya selaras dengan Visi Pelan Hala Tuju Kebun Komuniti Johor 2021-2026 iaitu " Memasyarakatkan Kebun Komuniti Ke arah Kesejahteraan dan Kelestarian Johor 2026".

Facebook :