MENU

Menu utama

Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) tahun 2022 ke Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Panel penilai adalah terdiri daripada 6 orang pegawai Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diketuai oleh Encik Marthandan A/L Yathamaniam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) merupakan sistem yang menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara menerusi kaedah penggredan yang seragam. Ia bertujuan meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking untuk meningkatkan kapasiti daya saing setiap PBT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.

Pihak pengurusan MPBP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai KPKT dan seluruh warga kerja MPBP atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi penilaian SPB PBT pada kali ini.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#bphebat

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm