MENU

Menu utama

5 OKTOBER 2022 | RABU, Telah berlangsung pada hari ini ialah Penilaian Kebersihan Program Johor Bersih 100 Hari di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Panel penilai adalah terdiri daripada 7 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Mohd Syafiq bin Sarju; Penolong Setiausaha (Dasar) SUK Johor Bahagian Kerajaan Tempatan. Turut menilai ialah Encik Darren; Pegawai Pejabat Menteri Johor, Pegawai Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pegawai SwCorp Negeri Johor.

Panel penilai telah dibawa oleh Tuan Setiausaha MPBP, Encik Abdul Karim bin Haji Bakar serta pegawai-pegawai MPBP ke beberapa lokasi pengauditan iaitu di Terminal Bas Batu Pahat, Pusat Rekreasi Tasek Y, Pump Trek Batu Pahat, Stadium Batu Pahat, Dataran Penggaram dan Lorong Bentara (BP Walk).

Kriteria-kriteria penilaian merangkumi aspek Kebersihan Persekitaran, Penyelenggaraan Kemudahan Awam / Landskap, Penyelenggaraan Infrastruktur, Aktiviti ‘Plogging’ serta Kreativiti dan Khas.

Pihak pengurusan MPBP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai Program Johor Bersih 100 Hari dan warga kerja MPBP serta agensi-agensi yang berkaitan dalam memastikan Batu Pahat sentiasa berada di dalam keadaan bersih, indah, selamat dan ceria.

MPBP juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada penduduk Batu Pahat kerana sentiasa menjaga kebersihan Daerah Batu Pahat yang tercinta dan suka diingatkan tanggungjawab menjaga kebersihan bukan saja tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi juga membabitkan kerjasama dan penglibatan masyarakat.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm