MENU

Menu utama

MAJLIS PERASMIAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT 2023-2030

14 JUN 2023 | RABU - Johor Smart City Forum - JSCF telah melabuhkan tirainya hari ini setelah 3 hari bermula dari 12 hingga 14 Jun 2023 di PERSADA, Johor dengan kehadiran orang ramai ke program ini seramai 10,000 orang.

Majlis Penutupan Rasmi Johor Smart City Forum dan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar Dan Rendah Karbon Majlis Perbandaran Batu Pahat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Turut hadir sama Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat. Tuan TPr Saidin Bin Lateh, Pengarah PLANMalaysia@Johor, Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Yang Berbahagia Dato' Adly Effendi bin Hassan Executive Director Kiwitech Sdn Bhd, Encik Mohamed Faisal bin Naina Mohamed Naib Presiden Perniagaan Kerajaan TM One dan Encik Encik Zaidi bin Japar Timbalan Ketua Whip Ahli Majlis MPBP.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm