MENU

Menu utama

12 JUN 2023 | ISNIN

MAJLIS PERASMIAN JOHOR SMART CITY FORUM 2023

YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Johor Smart City Forum 2023 di Persada International Convention Centre Johor, Johor Bahru.

Program ini merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), forum itu menjadi medan bagi perbincangan dan kupasan buah fikiran oleh pakar-pakar berkaitan bandar pintar untuk pelaksanaan di Negeri Johor dan Batu Pahat khususnya.

Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani serta Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

#MajuJohor

#JohorSmartCityForum2023

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm