MENU

Menu utama

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN DAN KONVOI KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 202

Majlis Pelancaran Kempen Dan Konvoi Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Batu Pahat telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat Tuan Haji Nasri bin Md Ali di Dataran Penggaram.

Konvoi Kibar Jalur Gemilang ini di bahagikan kepada dua kumpulan konvoi motorsikal dan berkereta yang mana konvoi motorsikal diketua oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat YBhg Tuan Ezahar bin Abu Sairin dengan seramai 65 motorsikal yang terdiri daripada Pejabat Daerah Batu Pahat , Majlis Perbandaran Batu Pahat ( Kelab Kapcai MPBP) dan kelab-kelab motorsikal berdaftar BP Bikes dan Cotia Kelab Bermotor Batu Pahat. Konvoi ini berhenti di 5 lokasi terpilih bermula di Dataran Penggaram, Taman Sri Sulong, Dataran Niaga Parit Yaani, Majlis Daerah Yong Peng dan Arena Warna Ayer Hitam.

Manakala Konvoi Kibar Jalur Gemilang berkereta pula diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat dengan lima tempat persinggahan iaitu di Dataran Penggaram, Pekan Senggarang, Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Rengit, Dataran Niaga Parit Raja dan Arena Warna Ayer Hitam.

Marilah kita bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, dan premis perniagaan sempena sambutan bulan Kemerdekaan Ke-65.

#MajuJohor

#TerusMajuDanSejahtera

#BPhebat

#Johorbersih100hari

#BandarPintarRendahKarbon

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm