MENU

Menu utama

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2022 telah diadakan pada 3 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin telah merasmikan

Majlis tersebut. Turut hadir sama Timbalan Ketua Whip Ahli Majlis Encik Zaidi bin Japar dan Setiausaha MPBP Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan 28 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022. Penghargaan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai-pegawai yang cemerlang dalam perkhidmatan dan dijadikan pembakar semangat kepada pegawai lain untuk sama-sama meningkatkan prestasi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi. Selain itu, majlis tersebut juga meraikan seramai 17 orang pesara dan 4 orang pegawai yang berpindah. Ini adalah sebagai penghargaan untuk mengenang sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di MPBP.

Di samping itu, majlis APC pada kali ni dimeriahkan dgn persembahan dan kreativiti warga MPBP berkonsepkan tema "Back To School".