MENU

Menu utama

LAWATAN DAN SESI PERBINCANGAN PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) KE MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

18 Oktober 2023 - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan telah mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bertujuan berkongsi mengenai MyMudah yang bertujuan memudahcara urusan menjalankan perniagaan selain menambahbaik kawal selia di pihak kerajaan.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Tuan Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP manakala delegasi MPC Wilayah Selatan dihadiri oleh Encik Mohd Azwan Mohd Salleh, Pengarah MPC Wilayah Selatan, Encik Mohd Hafiz Sabarudin, Pengurus MPC Wilayah Selatan dan Puan Nahdatul Faiezin, Penolong Pengurus MPC Wilayah Selatan.

Sesi tersebut juga dihadiri oleh Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha MPBP dan wakil-wakil jabatan-jabatan teknikal MPBP.

Diharapkan melalui lawatan dan sesi ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara MPBP dan MPC dalam urusan memudahcara pengurusan perniagaan (ease of doing business) terutamanya melibatkan pemain industri dan ekosistem perniagaan dalam kawasan pentadbiran MPBP.