MENU

Menu utama

18 JANUARI 2024 I KHAMIS

KUNJUNGAN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN JASIN KE TAPAK PLACEMAKING ZON WARISAN BANDAR PENGGARAM, MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Jasin, yang diketuai oleh Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Jasin.

Kunjungan lawatan ini bertujuan untuk melihat placemaking kawasan zon warisan Bandar Penggaram di bawah Program Transformasi Zon Warisan Bandar Penggaram, Batu Pahat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Sesi kunjungan lawatan ini telah dibawa ke Jalan Ibrahim, untuk melihat sendiri Pemeliharaan dan Pemuliharaan rumah kedai, transformasi pembangunan di Pasar Melayu Jalan Ibrahim, Terusan Penggaram, Lorong Belakang Pasar Melayu, Bangunan Kelab Jepun, & Lorong Nuansa Seni.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke tapak Pemeliharaan & Pemuliharaan Bangunan Kedai Pejabat & Lorong Belakang di Jalan Rahmat.

Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, En Ezahar bin Abu Sairin bersama Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan En Shahril bin Karjoo telah menyantuni kunjungan ke lokasi tapak lawatan.

Turut bersama, En. Abd Hafidh bin Saleman, Pengarah Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Jasin dan beberapa pegawai lain.

#mpbp

#MajudanSejahtera

#BPHebat

#smartcitybatupahat