MENU

Menu utama

AKTIVITI KONVOI MOTORSIKAL BERSAMA KELAB KAPCAI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT DAN COTIA KELAB BERMOTOR BATU PAHAT KE AKTIVITI 'PLOGGING' JOHOR BERSIH 100 HARI DAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-65 DI HENTIAN MAHKOTA PARIT SIMEN.

Aktiviti 'Plogging' dimulakan dengan konvoi motorsikal Kelab Kapcai MPBP dan Cotia Kelab Bermotor Batu Pahat ke Hentian Mahkota Parit Simen.

Konvoi motorsikal kali ini disertai oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat YBhg Tuan Ezahar bin Abu Sairin, 25 orang ahli Kelab Kapcai MPBP dan seramai 8 orang Cotia Kelab Bermotor Batu Pahat urut menyertai konvoi pada kali ini.

Aktiviti seperti ini menggalakkan kita mengeratkan ukhwah antara peserta. Setelah melaksanakan aktiviti 'Plogging' di Hentian Mahkota peserta Konvoi Motorsikal dibawa menjamu selera di Warong Ketupat Air Tangan Ibu di Kampung Pinang Seribu Muar.

Terima kasih diucapakan kepada Cotia Kelab Bermotor Batu Pahat yang turut serta didalam program kali ini.

Diharap warga Batu Pahat dapat menjaga kebersihan dimana anda berada.

#MajuJohor

#BangsaJohor

#TerusMajuDanSejahtera

#BPhebat

#Johorbersih100hari

#BandarPintarRendahKarbon

#kelabkapcaimpbp

#cotiakelabbermotorbatupahat

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm