MENU

Menu utama

Objektif Jabatan Perancang Bandar

  • Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Bandar Penggaram (RTBP), Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Rancangan Kawasan Kwasan Khas (RKK) dan Pelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas garis panduan dalam kerja-kerja perancangan.

  • Mengawal dan merancang pembangunan agar terancang dan bersistematik mengikut rancangan-rancangan pembangunan di atas dan mengikut dasar-dasar/perkeliling-perkeling kerajaan serta garis panduan yang diguna pakai

  • Memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan

  • Menyediakan data/sistem maklumat perancangan yang lengkap untuk kegunaan/rujukan pelbagai jabatan dan orang awam

  • Memberi maklum balas dan tindakan segera

Fungsi Jabatan Perancang Bandar

  • Merancang dan mengawal pembangunan mengikut rancangan Pembangunan,dasar-dasar dan garis panduan terpakai

  • Melaksanakan penguatkuasaan perancang mengikut Akta 172 dan kaedah-kaedah Perancangan Am Negeri Johor

  • Mmeproses permohonan-permohonan perancangan (SBKS,KM,KMT)

  • Menentukan keperluan kemudahan-kemudahan awan dan riadah penduduk Majlis Perbandaran Batu Pahat serta memastiakn disediakan mengikut piawaian Jabatan Perancang Bnadar & Desa

  • Merancang susun atur keperluan-keperluan kemudahan awam selaras dengan kehendak dan permintaan penduduk

  • Memberi input-input perancangan terhadaptrend pembangunan agensi-agensi teknikal kerajaan yang lain

  • Mengawal dan merancang pembangunan landskap agar disediakan mengikut konsep-konsep perancangan yang telah ditentukan

  • Melaksana 5 langkah Program Bandar Selamat

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm