MENU

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 19

4 November 2023 | Sabtu - Progran Gerak Mesra Zon 19 MPBP telah diadakan Kawasan Lapang Taman Soga Batu Pahat anjuran Ahli Majlis Zon 19, Encik Ranjit Singh a/l Gurdial Singh dengan slogan 'JIRAN SEPAKAT KOMUNITI SIHAT DAN HARMONI'.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, ADUN Senggarang. Turut hadir sama Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP dan Southern Volunteers Batu Pahat serta penduduk setempat.

Program dimulakan dengan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah disampaikan oleh Sub Inspektor Abdul Rahim Bin Masod,Timbalan Ketua Balai Batu Pahat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan plogging di sekitar kawasan, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan dan kecergasan. Juga diadakan pameran Kitar Semula oleh SWcorp dan jualan minyak terpakai.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat yang turut memberi sumbangan Bakul Makanan kepada 20 orang penerima.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Jun 2024 - 2:44pm