MENU

Menu utama

PLANMALAYSIA JOHOR DIUMUM ANUGERAH JABATAN / AGENSI TEKNIKAL TERBAIK JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT 2023

22 Januari 2024 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) diumum sebagai Jabatan / Agensi Teknikal Terbaik Jawatankuasa OSC MPBP 2023. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, Encik Ezahar bin Abu Sairin kepada wakil PLANMalaysia Johor, Encik Nazli Hidayat bin Hamid di Majlis Apresiasi Ahli Jawatankuasa OSC 2023.

PLANMalaysia Johor turut diberi Penghargaan Kehadiran Penuh ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC sepanjang tahun 2023 bersama-sama Pejabat Daerah Batu Pahat dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat.

Diharap kerjasama yang baik ini sentiasa berterusan bagi memastikan pembangunan yang diluluskan mematuhi semua keperluan teknikal jabatan/agensi yang berkaitan.

PLANMalaysia

PLANMalaysia Johor

KPKT Malaysia

Pejabat Daerah Batu Pahat

Pejabat Tanah Batu Pahat