MENU

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

6 MEI 2024 | ISNIN

MENARA MPBP

Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Menara MPBP dengan jayanya.

Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua MPBP. Turut hadir sama Encik Zaidi bin Japar Ketua Whip Ahli Majllis MPBP, Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar Setiausaha MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP dan Ketua-ketua Jabatan MPBP.

Program diteruskan dengan penyampaian anugerah pekerja contoh bulanan bagi bulan Mac 2024, penyerahan surat kenaikan pangkat, sesi suai kenal pegawai baru, Pelancaran Kenderaan Penguatkuasa MPBP dan Penyerahan Hadiah Tempat Ketiga Pertandingan Explorace Hari Autisme Sedunia 2024 Daerah Muar kepada pasukan MPBP.

Selepas majlis tersebut berlangsung pula Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat MPBP dimulakan dengan Majlis Marhaban dan dimeriahkan lagi dengan jamuan hari raya yang berkonsepkan ‘Potluck’ dari semua Jabatan dan Unit.

Terima kasih kepada para tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#BPHebat

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 Julai 2024 - 8:24am