MENU

MAJLIS BAGI MERAIKAN BAKAL HAJI

PEGAWAI DAN PESARA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

BATU PAHAT, 15 Mei 2024 - Bertempat di Tingkat 14, Menara MPBP telah diadakan Majlis bagi meraikan bakal haji yang melibatkan pegawai dan pesara MPBP tahun 2024.

Seramai 3 orang jemaah melibatkan pegawai awam dan seorang pesara akan mengerjakan ibadah haji bagi tahun ini.

Majlis telah dihadiri oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat merangkap Naib Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat. Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausha MPBP, Ketua-ketua Jabatan MPBP dan Pegawai-pegawai MPBP.

Di doakan semoga dipermudahkan segala urusan jemaah haji sekalian dan mendapat haji yang mabrur.

Amin.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Jun 2024 - 2:44pm