MENU

Menu utama

KUNJUNGAN HORMAT KETUA ZON 3, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI JOHOR KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

17 Januari 2024 – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Zon 3, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, PgKB II Puan Siti Hajar binti Sanusi kepada Yang Dipertua, En. Ezahar bin Abu Sairin.

Kunjungan hormat tersebut turut membincang dan mengeratkan hubungan antara MPBP dan JBPM terutamanya dalam konteks proses pelan pemajuan dan kawalan keselamatan kebakaran.

Turut bersama, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Keselamatan Negeri Johor, Tn. Muhammad Tarmizi bin Jaafar, Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Keselamatan Zon 3 Negeri Johor, Tn Mohamed Faiz Muin bin Mohamed Rasidi, ketua-ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam daerah Batu Pahat dan beberapa pegawai lain.