MENU

Menu utama

PELAKSANAAN PROSES 3-6 DAN PERMOHONAN PELANJUTAN / PEMBAHARUAN TEMPOH KELULUSAN SECARA ATAS TALIAN SEPENUHNYA

Untuk makluman tuan/puan, Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Batu Pahat akan melaksanakan perkara-perkara berikut secara atas talian melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online bermula 1 Ogos 2023. Permohonan-permohonan tersebut adalah sebagaimana berikut:

i. Perlanjutan / Pembaharuan Tempoh Kelulusan Pelan

ii. Proses 3 (Notifikasi Mula Kerja Tanah / Binaan)

iii. Proses 4 (Pemantauan Tapak Bina dan Pemeriksaan Interim)

iv. Proses 5 (Pemeriksaan Akhir 1 dan Pemeriksaan Akhir 2)

v. Proses 6 (Pendepositan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mengalami sebarang masalah dalam pelaksanaan perkara-perkara di atas, tuan/puan boleh menghubungi Encik Norman atau Puan Nur Atikah di talian 07-439 6806.

Sekian, harap maklum.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm