MENU


CUKAI TAKSIRAN

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :

  • ½ tahun pertama    – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
  • ½ tahun kedua       – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.

KESAN JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH MASA YANG TELAH DIETAPKAN

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :

  • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 2% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1).
  • Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.

Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun mengelakkan dikenakan denda atau tindakan mahkamah

CUKAI TAKSIRAN ADALAH BERBEZA DAN TIDAK SAMA

Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-

  • Jenis bangunan
  • Keluasan lantai
  • Lokasi
  • Bahan-bahan pembinaan
  • Kegunaan