MENU

Menu utama

Perutusan Yang DiPertua....

" Ke Arah Perbandaran Maju dan Sejahtera.... "

Saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Kewujudan Laman Web ini memberi ruang kepada MPBP untuk memperkenalkan diri secara lebih dekat kepada pelanggan - pelanggan yang terdiri dari orang awam, pihak swasta, jabatan dan agensi kerajaan.

MPBP juga berharap agar Laman Web ini dapat menjadi media sebagai sumber maklumat yang praktikal dan berguna kepada masyarakat dan mempermudahkan lagi pelanggan berurusan dengan MPBP.

Semoga dengan adanya kemudahan ini ia dapat menjadi mekanisme penghubung kepada pihak pengurusan dan pelanggan dalam menyampaikan dan menerima maklumat.

Akhir kata, bagi memastikan agar MPBP akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung - pengunjung yang melayari laman web MPBP dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina.

Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

HAJI SHAFIEI BIN AHAMAD
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat