MENU

Menu utama

Kupon Tempat Letak Kereta

MASA OPERASI (MASA PAMER KUPON)

SABTU -KHAMIS | 08.00 PAGI - 06.00 PETANG

JUMAAT DAN CUTI UMUM | DIKECUALIKAN

  • Kupon Tempat Letak Kereta (TLK) boleh didapati disemua agen-agen jualan di seluruh Batu Pahat
  • Bagi premis-premis yang ingin menjadi agen jualan kupon. Boleh hadir ke pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bahagian Unit TLK. Dokumen-dokumen yang diperlukan : 
    • Salinan lesen kedai
    • Bayaran RM80.00
  • ​Papan tanda akan diberikan (Stok Terhad)

 

 

 

 

KADAR PAS BULANAN MPBP MULAI 01 JANUARI 2021

BIL TEMPOH KADAR BAHARU
1. 1 bulan RM 75.00
2. 2 Bulan RM 150.00
3. 3 Bulan RM 200.00
4. 6 Bulan RM 360.00
5. 9 Bulan RM 500.00
6. 12 Bulan RM 600.00
  1. Pembelian Pas Bulanan boleh dibuat di kaunter bayaran MPBP
  2. Tiada dokumen diperlukan. Hanya nyatakan No Kenderaan yang sah

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Hirman Bin Padimin

Encik Zainuddin Bin Budi

Jabatan Kewangan

07-433 7993

KADAR BAYARAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM MPBP

BIL JUMLAH PETAK KADAR BAYARAN
1 1 RM 120.00
  1. Sila hadir ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP untuk urusan permohonan
  2. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan
  3. Bayaran hendaklah dijelaskan setiap awal bulan

TAMBAHAN SYARAT BAGI SEWAAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM

  1. Keselamatan kenderaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa sendiri
  2. MPBP tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan di petak musim atau kegunaan petak tanpa izin penyewa
  3. Yang Dipertua boleh membatalkan sewaan petak kereta bermusim pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis

PENAMATAN SEWAAN

  1. Penyewa dikehendaki memaklumkan ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP secara bertulis sebulan sebelum tarikh menamatkan sewaan

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Hirman Bin Padimin

Encik Zainuddin Bin Budi

Jabatan Kewangan

07-433 7993

JENIS-JENIS KESALAHAN LETAK KERETA YANG BOLEH DIKOMPAUN

  1. Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau Syarikat Pengendali semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon
  2. Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempon yang dibenarkan
  3. Mempamerkan kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan
  4. Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul
  5. Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak kereta di tempat letak kereta
  6. Menghalang petak letak kereta
  7. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu-lints
  8. Berniaga di tempat letak kereta
  9. Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba
  10. Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima / siar kaki
  11. Meletak kenderaan bermotor di tempat letak kereta bermusim tanpa Pas Bermusim yang sah
  12. Meletak kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu
  13. Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta di tempat letak kereta

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am