MENU

Menu utama

Syarat-syarat Lesen Premis Perniagaan

SYARAT-SYARAT LESEN PREMIS PERNIAGAAN

LESEN

  1. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan

  2. Lesen tidak boleh dipindah milik.

  3. Pemohon hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan premis.

  4. Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.

  5. Tiap-tiap lesen yang dibenarkan adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab. 

  6. Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar manamana peruntukan undang-undang Majlis.

KEMUDAHAN SANITASI

  1. Kemudahan tandas, bilik air, tempat membasuh tangan, tuala/tisu hendaklah disediakan dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.

  2. Menyediakan tong sampah yang sempurna dan mencukupi berserta karung plastik bagi pembuangan sampah perniagaan.

STRUKTUR FIZIKAL/KEBERSIHAN PREMIS

  1. Bangunan premis hendaklah dicat dibahagian luar dan dalam.

  2. Mana-mana bahagian yang sudah rosak dan kelihatan kotor perlulah diperbaiki.

  3. Premis hendaklah dijaga dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur setiap masa.

LALUAN BELAKANG,KAKI LIMA DAN JALAN SUSUR HENDAKLAH DIKOSONGKAN

  1. Barang-barang perniagaan dilarang sama sekali diletakkan di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, dan juga tepi jalan.

  2. . Aktiviti atau kerja berkaitan perniagaan hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan kerja-kerja di luar adalah dilarang.

KEPERLUAN BOMBA

  1. Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi serta diakui sah oleh Jabatan Bomba.

  2. Pintu masuk/keluar hendaklah bebas daripada sebarang halangan pada setiap masa.

PENCAHAYAAN,PENGUDARAAN,KESESAKAN,PENYEBARAN HABUK DAN SEBAGAINYA

  1. Memastikan pencahayaan serta pengudaraan semulajadi dan mekanikal keseluruhan premis mencukupi.

  2. Pelesen hendaklah memastikan tiada kesesakan di premis perniagaan.

  3. Pelesen tidak boleh menyebabkan habuk, wap asap, wap haba gas, getaran, bau, pancaran, asap, atau jelaga yang mana ia menjadi kacauganggu atau pencemaran udara.

BAYARAN

  1. Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis

  2. Bayaran lesen adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.

  3. Bayaran carian bagi lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.

  4. Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.

MUAT TURUN

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am