MENU

Menu utama

AHAD | 24 SEPTEMBER 2023

Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Tahun 2023 Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat

Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Tahun 2023 Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat dan dirasmikan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Seminar anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPBP ini telah diadakan dengan anjuran bersama Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Seramai 130 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat kawasan pemajuan berstrata, wakil-wakil COB PBT dan agensi-agensi kerajaan Negeri Johor, badan pengurusan bangunan berstrata (pemaju/JMB/MC) dalam daerah Batu Pahat serta pegawai-pegawai MPBP.

Pada seminar ini, peserta diberikan pendedahan mengenai “Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata” oleh penceramah Encik Kama Azizi bin Kamarul Zaman Penolong Akauntan Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata, JPN KPKT. Pada sesi kedua pula, penceramah Puan Sr. Noor Hazalina binti Md. Rasali Penolong Pengarah Penilaian merangkap Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan dan Pengurusan Melaka Mall, MPHJT telah membawakan topik “Tatacara Pelaksanaan dan Pengendalian Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bangunan Berstrata”.