MENU

Menu utama

9 Oktober 2022 | Ahad, Alhamdulillah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H / 2022M Peringkat Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Majlis dimulakan dengan perarakan bermula dari hadapan Hotel Katerina Batu Pahat hingga ke Masjid Sultan Ismail Batu Pahat seawal 8.00 pagi.

YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Batu Pahat.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Tuan Haji Nasri bin Md Ali; Pegawai Daerah Batu Pahat, Ahli-ahli Majlis Jumaah Majlis Diraja Johor, Encik Abdul Azim bin Shamsuddin; Pentadbir Tanah Batu Pahat, Encik Ezahar Bin Abu Sairin; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Yang Berhormat-Yang Berhormat serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Batu Pahat.

Allah Peliharakan Sultan.

"Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri"

#MaulidurRasul2022 #keluargajohorpemangkinpembangunannegeri #BatuPahat

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm