MENU

Menu utama

1 Oktober 2022 | Sabtu, Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Penggaram Batu Pahat.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat.

Turut sama memeriahkan YB Dato' Mohd Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Datuk Mohamad Najib bin Samuri; ADUN Kawasan Parit Yaani, YBhg Encik Ezahar bin Abu Sairin; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza; Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Kanan) Daerah Batu Pahat,

Menambahkan lagi seri sambutan ini, telah disampaikan Anugerah Ikon Wira Belia Sukan Batu Pahat 2022 kepada pemenang pingat emas acara 10 Meter Air Pistol di Sukan SEA 2021 iaitu Saudari Nurul Syasya Nadiah Binti Mohd Arifin.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan Fun Ride Youth Day, Fun Run Youth Day, Pertandingan Deklamasi Sajak, Bengkel Kaligrafi dan banyak lagi.

#HBN2022 #BPhebat

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm