MENU

Menu utama

PROGRAM GOTONG ROYONG AHLI MAJLIS ZON 2

18 Ogos 2023 - Program gotong royong hari ini telah berlangsung di Taman Simpang Lima, Batu Pahat.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap ADUN kawasan Semerah.

Turut hadir Encik Ezahar bin Abu Sairin; Yang DiPertua MPBP, Encik Hamdan bin Ayub; Ahli Majlis Zon 2, Encik Mohd Afiq bin Selamat; Penghulu Mukim 3, dan Tuan Haji Mohd Ismail bin Roslan; Ahli Majlis Zon 3.

Program gotong royong pada hari ini memfokuskan pencegahan nyamuk aedes dengan membuat aktiviti pembersihan di kawasan taman. Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pemeriksaan kesihatan.

Terima kasih diucapkan kepada JBPM Batu Pahat, JPS Batu Pahat, JKR Batu Pahat, SAJ Ranhill Batu Pahat, Pejabat Kesihatan Batu Pahat dan semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

#JOHORBERSIH

#MajuJohor

#MajudanSejahtera