MENU

Menu utama

PROGRAM GERAK MESRA (GOTONG-ROYONG) AHLI MAJLIS ZON 4 MPBP

01 Jun 2023 | Khamis - Program Gerak Mesra berjaya dilaksanakan dengan memfokuskan aktiviti gotong royong pembersihan kawasan yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di Jalan Alternatif Kampung Satey ke Jalan Mohd Salleh.

Program berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih kurang 40 orang peserta dari JPKK Kampung Satey, Jabatan Kesihatan MPBP, Sounthern Volunteers Batu Pahat dan Swm Environment Sdn Bhd.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Majlis Zon 4 MPBP, Encik Lim Sey Ken diatas penganjuran program yang semestinya memberikan manfaat kepada penduduk sekitar.

#MPBP #MajudanSejahtera #JohorBersih #AMMPBP #PGMZON4

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm