MENU

Menu utama

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 18

5 OGOS 2023 - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 18, Encik Koh Yee Yong bertempat di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.

Program telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Ezahar bin Abu Sairin. Turut hadir Ahli-ahli Majlis MPBP, Pengerusi KRT, Ketua-ketua Jabatan MPBP dan penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program iaitu Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Plogging, Pemeriksaan Kesihatan oleh KKM bersama Klinik Kurnia, Pameran oleh KKM, AADK serta SWCorp, dan banyak lagi.

Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat yang telah menyumbang 20 set bakul makanan.

Tahniah kepada Encik Koh Yee Yong diatas penganjuran program dan suka untuk diingatkan marilah bersama menjaga kebersihan kerana kebersihan itu adalah tanggungjawap kita semua.

#MajuJohor

#MajudanSejahtera

#MPBP

#GerakMesra

#BPHebat