MENU

Menu utama

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 1

12 Ogos 2023 | Rabu - Program ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Peserian, Semerah dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap ADUN kawasan Semerah.

Turut hadir Encik Ezahar bin Abu Sairin; Yang DiPertua MPBP, Ahli-ahli Majlis, Pengerusi KRT, Guru Besar SK Peserian, Guru-guru serta penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertemakan bulan kemerdekaan iaitu pertandingan plogging, pertandingan mewarna, pertandingan doodle art, pertandingan pakaian kemerdekaan, pertandingan bola baling bawah 12 dan tayangan wayang pacak filem bukit kepong yang sememangnya mengembalikan nostalgia dan menaikkan semangat cintakan negara.

Tahniah kepada Encik Amir Hamzah bin Mamom @Mohamad diatas penganjuran program. Terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Peserian dan penduduk setempat yang telah turut serta menjayakan program tersebut.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#JohorBersih

#BPHebat