MENU

Menu utama

PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT (MPBP) BAGI BULAN SEPT TAHUN 2023

17 SEPTEMBER 2023 | AHAD

Majlis perhimpunan bulanan bagi bulan September 2023 ini diurusetiakan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MPBP. Ia bermula dengan Ucapan Aluan oleh Encik Jani bin Supian, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MPBP dan diteruskan dengan ucapan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Anugerah Pekerja Contoh Bulanan, Memperkenalkan Anggota Lantikan Baru, Latihan Pengungsian Bangunan, Pertandingan Tandas Bersih Menawan Wangi (BMW), Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Hari Malaysia bertema Semarak Patriotik dan juga pelancaran Program Cabaran menurunkan Berat Badan Kempen Gaya Hidup Sihat dalam tempoh 90 hari bermula 1 Oktober 2023 hingga 29 Disember 2023.

Dalam ucapannya, beliau juga berkongsi berkenaan program sepanjang bulan Ogos dan September 2023 serta pencapaian Kontinjen MPBP dengan penganugerahan Tempat Kedua Kategori Pakaian Terbaik mewakili daerah Batu Pahat di Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor yang mewakili daerah Batu Pahat.