MENU

Menu utama

Penyertaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ke InnoEX 2024 bertempat di Hong Kong Convention & Exhibition Centre, Hong Kong

13-15 April 2024 : Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) diwakili oleh Gs. Norhiysam B Mohamad, Pegawai Perancang Bandar telah menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan InnoEX bertempat di Hong Kong Convention & Exhibition Centre, Hong Kong. Program ini merupakan salah satu platform persidangan berkaitan Bandar Pintar (Smart City) serta sesi perkongsian daripada Negara ASEAN yang telah dan sedang melaksanakan Inisiatif Bandar Pintar. Delegasi telah diketuai oleh Ketua Pengarah PLANMAYSIA YBhg Datuk TPr Dr Alias b Rameli. Turut hadir mewakili Negeri Johor adalah En.Mohd Faizalnizam bin Md. Zain Timbalan Pengarah PLANMaysia Negeri Johor. Delegasi lain yang terpilih adalah PLANMalaysia Negeri Melaka, Terengganu, Pahang serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menerima Penarafan Tahap 1 Smart City Early Adopter.

Delegasi ini merupakan program di bawah tajaan Kerajaan Hong Kong melalui Hong Kong Trade Development Council (HKTDC)

Wakil MPBP juga telah menyertai Sesi _ASEAN Smart City Development Roundtable : Government -to-Business (G2B) Dialogue yang melibatkan Negara Indonesia, Laos, Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Selain itu juga, berapa Siri pertemuan dengan pemain industri juga dijalankan _(Business Matching Meeting)_ bagi membincangkan peluang kerjasama antara pihak industri dengan Delegasi berkaitan teknologi terkini bandar pintar dan terkini yang telah berada di pasaran.

Program ini merupakan platform terbaik Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk meningkatkan kerjasama dan potensi peluang berkaitan Inisiatif Bandar Pintar Di Batu Pahat khususnya kerjasama antarabangsa selaras dengan sasaran ke arah Penarafan Tahap 2 - Developing Smart City pada Tahun 2024-2025.

#majusejahtera

#bpsmartandlowcarboncity

#smartcitybatupahat

#majujohor

#smartcityjohor

#bphebat

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm