MENU

Menu utama

MPBP MERAIH ANUGERAH DI MAJLIS APRESIASI PEMBEKAL DATA PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGERA (NAPIC) NEGERI JOHOR TAHUN 2023

25 September 2023, Johor Bahru- Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menerima Anugerah Pembekal Data Terbaik - Tempat Ketiga , Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dalam satu majlis Apresiasi Pembekal Data Tahun 2023 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia.

Majlis Apresiasi yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan kerjasama semua pembekal data NAPIC di Negeri Johor yang sentiasa memberi komitmen dalam menyalurkan data-data harta tanah secara berkala bagi penghasilan laporan pasaran harta oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Penilaian Negeri Johor, Sr Norhayati binti Awang turut dihadiri oleh semua pembekal data terdiri dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pemaju, Pengurus Harta dan wakil wakil agensi berkaitan industri harta tanah.

Di dalam majlis tersebut, turut disampaikan taklimat Laporan Pasaran Harta Separuh Tahun Pertama 2023 Negeri Johor yang merupakan hasil daripada pengumpulan input yang diperolehi dari pembekal data.

Sekalung tahniah buat warga MPBP.