MENU

Menu utama

Sekitar Program Hari Bersama Komuniti Rengit Dan Senggarang serta Pelepasan Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat Siri 3.0 (Rengit) Di Pekan Rengit. En.Zaidi B Japar, Timbalan Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menyempurnakan Pelepasan Konvoi Berbasikal sejauh 70km+- Di sekitar Rengit diketuai oleh En Ezahar B Abu Sairin, Tuan Yang DiPertua MPBP serta Tuan Hj Abdul Karim b Hj Bakar, Setiausaha MPBP.

Majlis Perasmian Hari Komuniti Bersama Komuniti Rengit Dan Senggarang disempurnakan oleh YB Tuan Hj Yusla b Ismail, Hali Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang. Turut hadir En. Mohd Zainal b Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Pengerak Komuniti), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tuan Hj Mohd Faiz b Azman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Batu Pahat, En. Ezahar B Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP serta Tuan Hj Abdul Karim b Hj Bakar, Setiausaha MPBP. Program turut disertai oleh pameran oleh pihak SWCORP, Pejabat Kesihatan Daerah Rengit, Pejabat Tanah Daerah Kecik Rengit, Southern Volunteers serta pelbagai kiosk jualan produk. Program dihadiri lebih 400 orang terdiri dari penduduk disekitar kawasan Rengit Dan Senggarang. Program ini merupakan inisiatif Majlis Perbandaran Batu Pahat mendekatkan diri dengan Komuniti setempat dengan pemakluman pelbagai Perancangan Pembangunan serta perkhidmatan yang disediakan Untuk masyarakat.