MENU

Menu utama

Aktiviti Kutipan Sampah bersempena World Clean Up Day 2023, di Pantai Sungai Lurus Senggarang telah diadakan pada 18 September 2023. Program telah disertai oleh wargakerja Jabatan Kesihatan Persekitaran seramai 43 orang yang mewakili Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Objektif

i. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar;

ii. Menggalakan penyertaan masyarakat, agensi kerajaan, Badan Bukan Berkanun dan swasta dalam penjagaan kebersihan persekitaran; dan

iii. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera.

 

Hasil Kutipan Sisa Pantai Sg Lurus

-Plastik (26.53 kg)

-Kertas (37.73kg)

-Tin/Besi/Aluminium (6.23kg)

-Botol/bekas plastik (288.91 kg)

Total = 359.4 kg

#WorldCleanUpDay2023

#MPBP

#MajuDanSejahtera