MENU

Menu utama

Objektif Bahagian Landskap

 

  • Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Pelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas dan garispanduan dalam kerja-kerja perancangan pembangunan Landskap.
  • Mengawal dan merancang landskap di dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat agar terancang dan bersistematik mengikut rancangan-rancangan di atas dan mengikut dasar-dasar / perkeliling-perkeliling kerajaan serta garispanduan yang digunapakai.
  • Memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Menyediakan data/sistem maklumat Bahagian Landskap untuk kegunaan / rujukan pelbagai jabatan dan orang awam.
  • Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Bahagian Landskap.
  • Membuat tindakan yang berpatutan terhadap aduan penebangan pokok berbahaya dan aduan-aduan yang berkait dengan landskap.
  • Memastikan perkhidmatan sewaan bunga dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati pelanggan.

 

Fungsi Bahagian Landskap

 

  • Bertanggungjawab dalam hal-hal Perancang Pembangunan Landskap, projek-projek pembangunan yang berkaitan dengan input landskap dan menyediakan pelan-pelan perancang, mengikut rancangan-rancangan pembangunan yang telah diwartakan dan garis panduan-garis panduan yang digunapakai.
  • Bertanggungjawab menyelaras dan memberi input-input perancangan dalam penyediaan Pelan-Pelan Pembangunan dan Pelan Induk Landskap
  • Memproses permohonan-permohonan Landskap mengikut prosedur OSC dan memberi ulasan-ulasan Perancangan Landskap kepada agensi-agensi yang memerlukan ulasan.
  • Membentuk, mengemaskini dan menyediakan garis panduan-garis panduan Perancangan dan Landskap untuk digunapakai dala kerja-kerja kawalan Perancangan  Majlis Perbandaran Batu Pahat.
  • Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan yang diterima yang berkaitan dengan bahagian Landskap.
  • Melaksana kerja mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK) dan memastikan prosedur kerja mengikut Fail Meja (FM) masing-masing dan menjalankan tugas mengikut arahan-arahan Pegawai atasan dari masa ke semasa