BIL | WARISAN DAN BUDAYA | KETERANGAN |
---|---|---|
1 | Bangunan Warisan Jepun, Jalan Shahbandar | Terletak di Jalan Engan / Jalan Shahbandar, Bangunan ini merupakan peninggalan warisan Jepun yang masuh utuh di Bandar Penggaram. Bangunan ini diantara bangunan yang telah dipulihara di bawah Inisiatif Pemuliharaan Bangunan Warisan Majlis Perbandaran Batu Pahat. |
2 | Zon Warisan Bandar Penggaram ![]() | Zon Warisan Bandar Penggaram terletak di Pusat Bandar Lama Bandar Penggaram. Zon Warisan Bandar Penggaram terdiri daripada bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah peninggalan zaman dahulu. Terdapat sebanyak 400 buah bangunan yang telah dikenalpasti bernilai sejarah dan di dalam proses untuk dipulihara melalui Program Transformasi Zon Warisan Bandar Penggaram oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. |
3 | Pejabat Pos Batu Pahat ![]() | Pejabat Pos Batu Pahat terletak di Jalan Rahmat, Batu Pahat. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1930. Bangunan ini masih berfungsi sehingga kini digunakan sebagai Pejabat Pos Batu Pahat. |
4 | BP Walk, Jalan Rahmat ![]() | BP Walk di Jalan Rahmat telah melalui satu transformasi ke arah sebuah kawasan yang lebih ceria dan menarik untuk memastikan lebih banyak kehadiran pelancong ke Batu Pahat. Pembangunan Transformasi BP Walk adalah sebahagian daripada Inisiatif Majlis Perbandaran Batu Pahat yang juga termasuk di bawah inisiatif Pelancongan Daerah Batu Pahat. Pelbagai penambahbaikan sedang dijalankan bagi menaikkan imej bandar seperti lukisan mural, pencahayaan serta penambaikan struktur. Selain itu juga kehadiran pelbagai kiosk dan cafe (coffee) yang semakin banyak di BP Walk menjadikan kawasan ini semakin meriah dan dikunjungi oleh orang ramai sentiasa. |
5 | Mural @ Lorong Bentara Timur ![]() | Lorong Bentara Timur teletak di tepi bangunan TM Batu Pahat dan berhampiran dengan Lorong Bentara. Terdapat lukisan mural dan 3D Mural di laluan ini sesuai untuk ruang bergambar. Lokasi ini merupakan salah satu tarikan terkini di bawah inisiatif peningkatan imej Bandar Penggaram oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. |
6 | Mural @ Lorong Bentara ![]() | Lorong Bentara terletak di antara Jalan Mohd Salleh - Jalan Rahmat di Pusat Bandar Penggaram. Lorong Bentara merupakan lokasi terletaknya Mural yang menceritakan tentang sejarah Batu Pahat pada masa lalu. Mengilhamkan sejarah pengangkuran feri utama di Batu Pahat yang pernah digunapakai sebagai salah sebuah mod pengangkutan di Batu Pahat. |
7 | Mural Rimba @ Jalan Rahmat ![]() | Mural Rimba diilhamkan daripada imej fauna iaitu menampilkan imej burung di kawasan rimba. |
8 | Mural @ Rengit | Salah satu daripada Mural yang dihasilkan dengan mengilhamkan Kopi Rengit dimana kawasan Rengit merupakan kawasan pengeluaran kopi yang utama bagi daerah Batu Pahat. |
9 | Mural @ Jalan Ibrahim ![]() | Mural di Jalan Ibrahim diilhamkan bagi menampilkan tema Aroma Citarasa Warisan Batu Pahat serta identiti Batu Pahat serta Zon Warisan Batu Pahat yang terletak di kawasan berkenaan. Lorong Mural ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. |
10 | Mural @ Senggarang ![]() | Mural di Pekan Senggarang terletak di tepi bangunan rumah kedai di Pekan Senggarang. Dengan tema persekitaran alam semulajadi kawasan Senggarang. |
11 | Mural Kopi @ Rengit ![]() | Mural Kopi di Pekan Rengit terletak di tepi bangunan rumah kedai di Pekan Rengit. Menampilkan lakaran petani sedang mengutip hasil kopi yang merupakan produk di kawasan Rengit. |
12 | Penggaram Water Canal (PWC) ![]() | Penggaram Water Canal (PWC) atau dikenali sebagai Terusan Penggaram merupakan salah satu kawasan di dalam Zon Warisan Bandar Penggaram yang telah dinaiktaraf oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong yang datang. |
13 | Memorial Parit Sulong ![]() | Selepas bertempur di Gemas, Segamat, Muar dan Bakri, tentera Jepun terus mara ke Parit Sulong yang menjadi lokasi terpenting kepada mereka berikutan di sini mempunyai sebuah jambatan serta laluan air iaitu sungai yang menghubungkan banyak laluan penting seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru. “Serangan dan pertempuran yang paling sengit berlaku di kawasan Bakri, sebelum pihak Tentera Berikat berkubu di Parit Sulong yang mana pada ketika itu, tentera Jepun dikatakan sangat agresif mengebom dan menembak kubu pertahanan Tentera Berikat,Tapak memorial ini merupakan lokasi pembunuhan beramai-ramai itu di mana sebuah tugu peringatan telah dibina oleh pihak tentera Australia pada tahun 2007 di tebing Sungai Simpang Kiri Parit Sulong bagi memperingati insiden tersebut.“Selepas bertempur di Gemas, Segamat, Muar dan Bakri, tentera Jepun terus mara ke Parit Sulong yang menjadi lokasi terpenting kepada mereka berikutan di sini mempunyai sebuah jambatan serta laluan air iaitu sungai yang menghubungkan banyak laluan penting seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru.“Selepas bertempur di Gemas, Segamat, Muar dan Bakri, tentera Jepun terus mara ke Parit Sulong yang menjadi lokasi terpenting kepada mereka berikutan di sini mempunyai sebuah jambatan serta laluan air iaitu sungai yang menghubungkan banyak laluan penting seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru. |
14 | Fortune Dragon, Yong Peng ![]() | Fortune Dragon terletak di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Kehadiran kesini membuatkan seolah-olah sedang berada di Negara China. Terdapat Naga Nasib atau Naga Sejahtera yang berukuran panjang 115 meter dan direkodkan sebagai terowong naga terpanjang di dunia. Terowong naga ini terletak di Taman Hijau Persatuan Che Ann Khor Yong Peng di Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor. Pelbagai lukisan tradisional telah dilukis di sepanjang dinding dalam terowong berkenaan dengan pelbagai penceritaan dalam bahasa, Melayu, inggeris dan Mandarin. Bayaran masuk dikenakan dengan tiket bayaran masuk bagi Dewasa adalah RM25.00, Kanak-kanak RM10.00 dan Warga Emas RM 10.00. |
15 | Galeri Dato Onn Batu Pahat ![]() | Galeri Dato Onn Batu Pahat merupakan sebuah bangunan kuaters kediaman pegawai kerajaan yang dibina pada 1938. Bangunan ini pernah didiami Allayarham Dato' Onn b Jaafar yang bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat pada ketika itu. Galeri ini pernah menjadi lokasi penyatuan pemimpin Melayu pada ketika itu melalui Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ). |
16 | Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat ![]() | Masjid Jamek Sultan Ismail merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat , Johor , Malaysia . Ia adalah sebuah masjid terbesar di Batu Pahat dan merupakan masjid daerah. Dibina pada tahun 1996, Masjid Jamek Sultan Ismail mempunyai kubah biru berbentuk mangkuk di atas dewan solatnya, yang diapit di kedua-dua sisi oleh sepasang menara empat tingkat di atasnya dengan menara runcing. Disediakan juga kemudahan lain untuk kegunaan pengunjung seperti tandas, ruang rehat, tempat meletak kenderaan serta musolla. Masjid Sultan Ismail merupakan masjid yang terbesar di daerah ini. Pelbagai aktiviti-aktiviti peringkat daerah dijalankan di sini. |
17 | Bandar Seramik Ayer Hitam ![]() | Bandar Seramik Ayer Hitam terletak di Jalan Batu Pahat 86100 Ayer Hitam, Johor. Bandar Seramik Ayer Hitam terkenal dengan Industri seramik berikutan terdapatnya sumber tanah liat berkualiti tinggi yang banyak di kawasan itu. Di sini juga terdapat banyak barang hiasan rumah seperti bidai, barang rotan bunga dan banyak lagi. |
18 | Segenting Chong Long Gong Temple ![]() | Chong Long Gong Temple ini terletak di Jalan Kampung Segenting Batu Pahat. Pelancong dan penduduk tempatan datang ke tempat ini untuk menyentuh ikan yang sangat besar. Mereka percaya jika mereka menyetuh ikan tersebut mereka akan mendapat keberuntungan selama setahun. |
19 | Mural Kampung Segenting ![]() | Mural Kampung Segenting terletak di Kampung Segenting Batu Pahat. |
20 | Graffiti Art Bandar Penggaram ![]() | Graffiti ini terletak di Laman Komuniti. Graffiti ini berhampiran dengan Dataran Penggaram. |
21 | Muzium Galeri Warisan UTAG ![]() | Muzium galeri warisan UTAG ini ditubuhkan pada 21 Januari 2008. Galeri Warisan UTAG ini menghimpunkan lebih 1000 barangan lama, artifak dan barangan kebudayaan. Galeri Warisan UTAG merupakan suatu inisiatif untuk masyarakat melihat kesenian melayu, barangan lama antik serta kebudayaan. |
22 | Galeri Khat Khufi ![]() | Galeri Khat Khufi yang terletak di Jalan Pasar, Jalan Parit Raja Darat Johor ini menghasilkan dan menjual frame khat kaligrafi serta hiasan rumah. |
23 | Mural Parit Sulong ![]() | Mural Parit Sulong merupakan tempat tarikan terbaru yang mengetengahkan tentang sejarah pekan Parit Sulong. |
24 | Galeri Parit Sulong ![]() | Galeri Parit Sulong merupakan sebuah berek polis lama yang dibangunkan semula. Keberadaan tapak galeri di bangunan bersejarah yang dipulihara, bersama-sama dengan memorial, dataran, jambatan, sungai, dan ditepi jalan utama, sebagai tempat bersejarah yang turut menyediakan ruang tapak niaga kepada para penduduk tempatan serta ruang muzium peringatan peristiwa bersejarah Parit Sulong. |
25 | Perigi Batu Pahat ![]() | Menurut sejarah, asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456. Perigi ini lah yang dinamakan perigi Batu Pahat. Perigi ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lebih lima abad. Ia terletak di Kuala Sungai Batu Pahat, iaitu Kampung Minyak Beku. |
26 | Perusahaan Kompang dan Jidor ![]() | Perusahaan Kompang dan Jidor Mokhtar merupakan sebuah perusahaan kecil yang berpengalaman dalam bidang membuat, membaiki serta membekal kompang dan jidor sebagai produk utama. Disamping itu, Perusahaan Kompang dan Jidor Mokhtar juga membekalkan pelbagai produk muzik tradisonal seperti gendang, rebana, angklung, gamelan dan lain-lain alat-alat muzik. |
27 | Filmneverdie.Asia ![]() | Batu Pahat merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan jalan-jalan yang bersejarah dengan kewujudan kedai-kedai yang berusia berabad-abad lamanya. FilmNeverDie menyediakan kedua-dua perkhidmatan memproses filem dan mengimbas filem untuk anda. FilmNeverDie merupakan proses praktikal yang menyeronokkan yang membolehkan anda menghasilkan foto klasik yang menakjubkan. |
28 | Jombatu ![]() | Jombatu merupakan sebuah lorong yang terdapat di Jalan Jenang dan merupakan satu cawangan yang sama dengan FilmNeverDie.Asia dengan menampilkan sebuah kedai aiskrim yang baru dibuka iaitu takonoroom. |
29 | Hakka House ![]() | Hakka house terletak di bahagian atas hakka optical iaitu kedai cermin mata. Nama Hakka berasal daripada sub-etnik yang ketiga terbesar di Malaysia, selepas etnik Hokkien dan Kantonis. Etnik Hakka juga digelar sebagai Kheh atau Kechia, yang bermaksud tetamu. Selain menjalani perniagaan cermin mata (hakka optical), hakka house merupakan sebuah tempat yang menyimpan pelbagai buku lama dengan bertemakan konsep yang klasik. |
30 | Batu Pahat Art Street ![]() | Seni Mural Jalanan di Batu Pahat merupakan tarikan pelancongan yang agak luar biasa. Aktiviti fresko ini dimulakan oleh sekumpulan anak muda yang berminat untuk menjadikan Batu Pahat sebagai pusat seni, budaya, dan gaya bebas. Permata tersembunyi ini terdapat di sekitar jalan-jalan di Batu Pahat dan kebanyakannya menampilkan kehidupan harian dalam budaya Malaysia serta kesedaran mengenai alam sekitar. |
31 | Batu Pahat Crown ![]() | Terletak dengan strategik di hadapan Pejabat Tanah Batu Pahat, mahkota ini bukan sahaja menjadi simbol kebanggaan bandar ini, tetapi juga menonjolkan keindahan seni bina moden yang mencerminkan kemajuan dan kemakmuran kawasan ini. Mahkota ini menjadi lebih menarik pada waktu malam apabila ia disinari dengan cahaya yang indah dan berwarna-warni, mencipta suasana yang memukau bagi pengunjung yang datang. Pencahayaan tersebut diatur dengan teliti untuk menonjolkan setiap sudut dan lekuk mahkota, menjadikannya kelihatan megah dan berkilau dalam kegelapan malam. Pantulan cahaya dari mahkota ini bukan sahaja menambah seri kawasan sekitarnya, tetapi juga menjadikannya lokasi yang popular untuk fotografi, terutamanya bagi mereka yang ingin menangkap keindahan Batu Pahat pada waktu malam. |
32 | Makam Tun Mamat ![]() | Sebuah kawasan perkuburan lama yang terletak di kaki Bukit Inas dekat sini dipercayai menjadi lokasi makam pembesar Kesultanan Melayu Melaka, Tun Mamat. Makam Tun Mamat terletak beberapa meter dari tebing Sungai Simpang Kiri dan kini berada di tanah wakaf dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor. |
33 | Makam Kiyai Sheikh Muhammad Salleh bin Abdul Karim ![]() | Nama Tuan Guru Panglima Salleh sudah dikenali dengan keberaniannya bangkit menentang kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika itu selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 melalui gerakan tentera Sabil Selempang Merah. |
34 | Persatuan Lim Sz Chong Su ![]() | Persatuan Lim Sz Chong Su adalah sebuah persatuan yang berpusat di Batu Pahat, Johor. Persatuan ini ditubuhkan untuk menyatukan anggota-anggota dari keluarga Lim dan membantu memelihara warisan, budaya, dan sejarah keluarga Lim. |
35 | Warisan 1953 ![]() | Warisan 1953 adalah sebuah rumah kayu tradisional di Batu Pahat. Rumah kayu bertingkat ini dibina pada tahun 1953 oleh Kerk Swee Ann, mendiang datuk. Namun, rumah ini mula terbiar selama 50 tahun. Pada tahun 2019, Encik Tony, anak kedua mendiang Kerk Swee Ann, mengambil inisiatif peribadi untuk menyelamatkan dan memelihara rumah tersebut. Proses pemulihan dan pembinaan semula mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Bangunan ini akan membantu masyarakat menghargai dan memahami sejarah nenek moyang. Rumah ini bukan sahaja kediaman peribadi, tetapi juga akan dibangunkan sebagai muzium merangkap dewan pameran yang menawarkan pengunjung pandangan tentang sejarah dan budaya. |
36 | Si Hai Long Wang Temple ![]() | Memandangkan Batu Pahat adalah sebuah daerah yang majoritinya penduduk Cina, kuil ini sangat popular dalam kalangan penganutnya. Ini bukan kuil Cina biasa kerana terdapat banyak dewa di bawah satu bumbung. Penganut telah dengan murah hati menderma untuk setiap dewa di sini selama bertahun-tahun. Dalam mitologi Cina, Raja Naga "Long Wang" adalah dewa pelindung yang merupakan Dewa Laut. Dia mengawal makhluk laut, air, dan cuaca. |
37 | Penggaram Waterfront Park ![]() | Penggaram Waterfront Park, terletak di tepi Sungai Batu Pahat, merupakan sebuah destinasi rekreasi yang semakin mendapat perhatian pelancong di daerah Batu Pahat. Dengan pemandangan indah dan suasana yang tenang, taman ini menawarkan pengalaman yang unik dan memuaskan bagi pelawat dari pelbagai latar belakang. Penggaram Waterfront Park bukan sahaja menjadi tempat tumpuan bagi penduduk tempatan, tetapi juga destinasi pilihan pelancong. |