Syarat-syarat Lesen Anjing
Lesen
- Lesen anjing sah sehingga 31 Disember setiap tahun dan Mesti Diperbaharui Pada Setiap TahunSebelum 31 Januari tahun berikutnya.
- Semua anjing yang berumur 3 bulan atau lebih yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnahkan.
- Memberi jagaan yang sempurna dan pastikan bebas dari sebarang jangkitan penyakit.
- Mendapatkan suntikan imunisasi mencegah penyakit anjing gila (Hydrofobia) dan dapatkan sijilnya daripada Doktor Veterinar yang diperakui.
- Menyediakan kandang / kanel yang sesuai dan menjaga kebersihannya serta mengurus najis, air kencing, sisa makanan dengan sempurna.
- Mengawal dan menghindarkan dari mudarat serta kacau ganggu kepada alam skitar dan orang awam iaitu :
- MPBP boleh menangkap mana-mana anjing yang berlesen tetapi berkeliaran di tempat awam. Pemunya yang ingin menuntut hendaklah menjelaskan bayaran kompaun RM500.00. Kegagalan menuntut dan menjelaskan bayaran kompaun membolehkan MPBP melupuskan anjing tersebut.
- Bilangan Dan Jenis Rumah Dibenarkan Untuk Pemeliharaan Anjing :
- Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan
- Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar
- Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga menjadi kacau ganggu kepada jiran-jiran
- Tidak dibenarkan dimana-mana premis atau pegangan digunakan bagi menyimpan anjing untuk pembiakan bagi maksud perdagangan melainkan jika dilesenkan.
- MPBP boleh mengambil tindakan termasuk mengarahkan anjing berlesen itu ditangkap sekiranya mendapati anjing berlesen itu merbahayakan dan tiada pampasan boleh dituntut.
- MPBP boleh menangkap mana-mana anjing yang berlesen tetapi berkeliaran di tempat awam. Pemunya yang ingin menuntut hendaklah menjelaskan bayaran kompaun RM500.00. Kegagalan menuntut dan menjelaskan bayaran kompaun membolehkan MPBP melupuskan anjing tersebut.
- Bilangan Dan Jenis Rumah Dibenarkan Untuk Pemeliharaan Anjing :
- Rumah Pangsa - 1 Ekor
- Rumah Teres Dan Rumah Link - 2 Ekor
- Rumah Berkembar - Tidak Lebih 3 Ekor
- Rumah Banglo - Tidak Lebih 4 Ekor