SYARAT-SYARAT LESEN PENJAJA / PASAR LAMBAK DAN GERAI
Lesen
- Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.
- Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun
- Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.
- Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.
- Peniaga hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
- Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
- Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang undang.
Pengendali Makanan
- Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
- Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.
- Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju berlengan dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa.
- Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar adalah dilarang.
Kebersihan Tempat Makanan
- Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.
- Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur.
SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DIIKUTI OLEH PELESEN (PENJAJA BERGERAK):
- Penjaja dilarang sama sekali meninggalkan peralatan perniagaan di tapak selepas tamat operasi perniagaan.
- Lokasi hendaklah sesuai dan tidak menyebabkan gangguan lalulintas kenderaan dan pejalan kaki.
- Peniaga TIDAK BOLEH menjalankan perniagaan seperti berikut:
- Dalam lingkungan 9 meter (30 kaki) daripada simpang jalan,
- Dalam lingkungan 3 meter (10 kaki) daripada pili bomba,
- Di atas tangga kaki lima / lapangan yang berturap,
- Di atas tanah rezab kerajaan,
- 50 meter keliling kawasan sekolah dan masjid,
- Bangunan-bangunan kerajaan (Pejabat, Hospital, Balai Bomba dan lain-lain),
- Tempat parkir kenderaan,
- Di tempat-tempat terdapatnya Gerai Majlis (Tasik Y, Minyak Beku dan lain-lain).
PERALATAN AKAN DISITA OLEH PIHAK MAJLIS JIKA DITINGGALKAN DI TAPAK TERSEBUT TANPA SEBARANG NOTIS LAGI
SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DIIKUTI OLEH PELESEN (PASAR LAMBAK):
- Peniaga hendaklah membayar sewa RM10.00/petak setiap bulan.
- Waktu berniaga adalah sebagaimana ditetapkan oleh Majlis :-
- Pasar pagi : Jam 7.00 pagi hingga 1.30 petang
- Pasar malam : Jam 5.30 petang hingga 10.30 malam
- Bagi peniaga makanan, hendaklah mematuhi syarat tambahan:-
- Dapur masak terhad kepada 2 unit sahaja dan diletak di belakang petak
- Kawasan dapur masak mestilah dialas agar tidak merosakkan permikaan petak
- Menggunakan pembungkus makanan yang selamat
- Petak tidak boleh disewakan atau dipindahmilik kepada sesiapa pun.
- Berniaga di petak yang diluluskan oleh Majlis sahaja. Peniaga boleh disaman jika berniaga di luar petak atau petak lain.
- Peniaga dibenarkan menggunakan meja dan payung sahaja, Penggunaan khemah bertali adalah dilarang.
- Peniaga dilarang meletak kenderaan di dalam petak, hanya peralatan sahaja dibenarkan.
- Peniaga hendaklah mempamerkan ‘TANDA HARGA’ bagi setiap barangan yang dijual.