Syarat-syarat Lesen Iklan Premis Perniagaan
Syarat Permohonan
- Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap dan sertakan sijil perakuan kelulusan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
- Pemasangan sesuatu iklan tidak boleh menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar asap yang telah ditetapkan dan di dinding luar bangunan.
- Iklan tidak dibenarkan dipasang atau didirikan sebelum lesen dikeluarkan oleh pihak Majlis.
- Lesen tidak boleh dipindah milik.
Syarat Bagi Kandungan Dan Perkataaan Dalam Iklan
- Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diutamakan dan 10% lebih besar daripada bahasa lain.
- Jika penggunaan Bahasa Malaysia tidak tepat, Yang Di Pertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memberikan notis secara bertulis supaya membuat pembetulan.
- Mengekalkan nama syarikat, atau firma yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak perlu diterjemahkan
- Sesuatu cap dagangan, logo, label, dan slogan yang hendak dipamerkan mestilah mendapat kelulusan daripada Yang Di Pertua
- Iklan yang menunjukkan perkataan 'Halal' dan 'Ditanggung Halal' hendaklah menunjukkan bukti atau mendapat kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.
Bayaran
- Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Batu Pahat.
- Bayaran lesen adalah bergantung kepada ukuran papan iklan.
- Bayaran carian bagi mana-mana lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
- Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.