Syarat-syarat Lesen Premis Perniagaan
Lesen
- Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan
- Lesen tidak boleh dipindah milik.
- Pemohon hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan premis.
- Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
- Tiap-tiap lesen yang dibenarkan adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
- Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Majlis.
Kemudahan Sanitasi
- Kemudahan tandas, bilik air, tempat membasuh tangan, tuala / tisu hendaklah disediakan dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.
- Menyediakan tong sampah yang sempurna dan mencukupi berserta karung plastik bagi pembuangan sampah perniagaan.
Struktur Fizikal / Kebersihan Premis
- Bangunan premis hendaklah dicat dibahagian luar dan dalam.
- Mana-mana bahagian yang sudah rosak dan kelihatan kotor perlulah diperbaiki.
- Premis hendaklah dijaga dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur setiap masa.
Laluan Belakang, Kaki Lima Dan Jalan Susur Hendaklah Dikosongkan
- Barang-barang perniagaan dilarang sama sekali diletakkan di kaki lima, lorong belakang, lorong sisi, dan juga tepi jalan.
- Aktiviti atau kerja berkaitan perniagaan hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan kerja-kerja di luar adalah dilarang.
Keperluan Bomba
- Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi serta diakui sah oleh Jabatan Bomba.
- Pintu masuk / keluar hendaklah bebas daripada sebarang halangan pada setiap masa.
Pencahayaan, Pengudaraan, Kesesakan, Penyebaran Habuk Dan Sebagainya
- Memastikan pencahayaan serta pengudaraan semulajadi dan mekanikal keseluruhan premis mencukupi.
- Pelesen hendaklah memastikan tiada kesesakan di premis perniagaan.
- Pelesen tidak boleh menyebabkan habuk, wap asap, wap haba gas, getaran, bau, pancaran, asap, atau jelaga yang mana ia menjadi kacauganggu atau pencemaran udara.
Bayaran
- Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis
- Bayaran lesen adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
- Bayaran carian bagi lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
- Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.