Tindakan Terhadap Penjaja Warga Asing Yang Menjual Buah Jeruk Mangga Di Persimpangan Lampu Isyarat

Tindakan Terhadap Penjaja Warga Asing Yang Menjual Buah Jeruk Mangga Di Persimpangan Lampu Isyarat

  • 3 Mei 2025
  • Berita

03 MEI 2025 | SABTU - Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menjalankan pemeriksaan di lokasi persimpangan lampu isyarat Bakau Condong – Jalan Rogayah, Batu Pahat.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti perniagaan oleh penjaja warga asing yang menjual buah jeruk mangga di kawasan tersebut. Bertindak atas pelanggaran peraturan, Jabatan telah mengambil tindakan tegas dengan menyita barang-barang perniagaan serta mengarahkan penjaja berkenaan menghentikan aktiviti perniagaan serta-merta.

MPBP menegaskan bahawa sebarang bentuk penjajaan tanpa kebenaran, terutamanya oleh individu bukan warganegara, adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Masyarakat diseru agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. MPBP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan serta kesejahteraan bandar sentiasa terpelihara melalui pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang berterusan.

#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #JohorBersih