13 MEI 2025 | SELASA - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Tongkang Pechah bagi memantau pematuhan penjaja terhadap syarat-syarat lesen dan pengurusan stall.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat penjaja yang meninggalkan stall mereka tanpa pengawasan dalam tempoh yang lama. Keadaan ini menimbulkan halangan dan imej yang tidak baik kepada kawasan perniagaan serta menjejaskan aspek keselamatan dan kebersihan awam. Antara isu yang dikenalpasti termasuk peralatan perniagaan yang ditinggalkan, longgokan sampah, serta kawasan sekitar stall yang tidak diselenggara dengan baik.
Susulan pelanggaran ini, pihak MPBP telah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran Notis Peringatan Lisan dan Notis Amaran kepada penjaja yang terlibat.
MPBP ingin menegaskan bahawa semua penjaja bertanggungjawab memastikan stall mereka sentiasa berada dalam keadaan terurus, bersih, selamat dan alihkan selepas berniaga. Sekiranya ingkar, tindakan tegas boleh diambil termasuk penarikan balik kelulusan penjajaan dan sitaan akan dilakukan.
MPBP akan meneruskan pemantauan secara berterusan dalam usaha memastikan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran sentiasa terpelihara.
#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #JohorBersih