03 MEI 2025 | SABTU - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap seorang penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan aiskrim secara bergerak tanpa kebenaran di kawasan Kampung Segenting Minyak Beku.
Hasil pemeriksaan mendapati individu tersebut menjalankan aktiviti penjajaan tanpa sebarang lesen atau kelulusan sah daripada pihak MPBP. Sehubungan itu, tindakan sitaan ke atas peralatan dan barangan perniagaan telah diambil serta arahan penghentian operasi diberikan serta-merta.
MPBP menegaskan bahawa sebarang aktiviti penjajaan tanpa kebenaran, khususnya melibatkan warga asing, adalah melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan dan tidak akan dikompromi.
Pihak MPBP menyeru masyarakat agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjamin kesejahteraan, keselamatan, dan kebersihan persekitaran bandar.
#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #JohorBersih