Tindakan Terhadap Kenderaan Berat

Tindakan Terhadap Kenderaan Berat

  • 28 Mei 2025
  • Berita

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan  telah menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang diletakkan di kawasan taman perumahan dan jalan awam sehingga mengganggu lalu lintas, kerosakan jalan/bahu jalan dan keselamatan penduduk disekitar kawasan pentadbiran MPBP

Tindakan Diambil:

Sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan berat yang meletakkan kenderaan secara tidak sah.

Antara kesalahan termasuk menghalang laluan dan meletakkan lori di bahu jalan serta kawasan taman perumahan.

MPBP menasihatkan semua pemandu kenderaan berat agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan bagi menjaga keselamatan, keselesaan dan kelancaran trafik di kawasan perumahan.

Tindakan tegas Penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

#MajuJohor #JohorBersih #majusejahterabatupahat #OpsKenderaanBerat