Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Penguatkuasaan telah menjalankan tindakan rondaan dan siasatan berkenaan penjaja meletakkan kerusi dan meja di tepi lebuh tanpa kebenaran.
Hasil pemeriksaan mendapati bahawa terdapat halangan di kawasan awam yang berpotensi mengganggu kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan.
Tindakan yang diambil oleh MPBP
- 1 Notis Amaran bertempoh 3 hari telah dikeluarkan kepada pihak terlibat supaya mengalihkan halangan tersebut.
MPBP menasihatkan semua penjaja supaya tidak meletakkan sebarang peralatan terutama kerusi/meja atau halangan di kawasan awam tanpa kebenaran bagi memastikan keselamatan orang awam terpelihara serta aliran trafik berjalan lancar.
Sekian, untuk makluman dan kerjasama semua.