Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelesenan dengan kerjasama SWCorp, telah melaksanakan operasi susulan aduan berhubung isu kekotoran di kawasan petak letak kereta dan kaki lima.
Hasil Siasatan
Didapati pemilik premis masih gagal mematuhi notis yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Tindakan Penguatkuasaan
- Premis No. 2 – Operasi pembersihan dijalankan. Barangan lusuh/terpakai yang menghalang kawasan parkir telah dilupuskan oleh SWCorp.
- Premis No. 4 – Notis kompaun dikeluarkan atas kegagalan mematuhi arahan agar membuka halangan di tempat awam.
MPBP menasihatkan semua pemilik premis supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan, mematuhi arahan serta notis yang dikeluarkan. Tindakan ini penting demi kesejahteraan awam dan kelancaran urusan masyarakat setempat.
Sekian, untuk perhatian dan kerjasama semua.