28 JANUARI 2026 | RABU - Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengambil tindakan susulan berhubung aduan awam yang diterima melalui laman sosial Facebook berkaitan isu kebersihan di Kedai Makan Marianee, Jalan Rogayah.
- Lokasi: Kedai Makan Marianee, Jalan Rogayah
Keanggotaan Operasi:
- 2 Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) – Jabatan Kesihatan Persekitaran
- 1 Pegawai – Jabatan Pelesenan
- 4 Anggota Penguatkuasa MPBP
Tindakan Diambil:
- 1 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tiada suntikan tifoid
- Amaran lisan diberikan supaya tahap kebersihan premis sentiasa berada dalam keadaan kondusif
- Arahan supaya semua makanan ditutup bagi mengelakkan pencemaran
- Arahan memastikan tong sampah sentiasa bertutup
- Pemeriksaan dan pemantauan berkala akan dilaksanakan dari semasa ke semasa
MPBP komited dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa terpelihara demi kesejahteraan orang awam. Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan aduan amat dihargai.
*Sebarang aduan berkaitan kebersihan persekitaran boleh disalurkan melalui saluran rasmi MPBP.