Tindakan Aduan Awam Kedai Makan Jalan Omar

Tindakan Aduan Awam Kedai Makan Jalan Omar

  • 29 Jan 2026
  • Berita

29 JANUARI 2026 | KHAMIS - Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengadakan pemeriksaan di Kedai Makan Jalan Omar.

  • Lokasi: Kedai Makan Jalan Omar(Bus Stand Lama)

Bilangan Premis - 2 diperiksa

Keanggotaan Operasi:

  • 1 Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) – Jabatan Kesihatan Persekitaran
  • 1 Pegawai – Jabatan Pelesenan
  • 2 Anggota Penguatkuasa MPBP

Keanggotaan Operasi:

  • 2 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan gagal menjaga kebersihan premis dan tidak memasang perangkap minyak(grease trap)
  • 1 notis dikeluarkan supaya membersih dan mengemaskan premis(diberi tempoh 3 hari)
  • Amaran lisan diberikan supaya tahap kebersihan premis sentiasa berada dalam keadaan kondusif
  • Arahan supaya semua makanan ditutup bagi mengelakkan pencemaran
  • Arahan memastikan tong sampah sentiasa bertutup
  • Arahan untuk memasang perangkap minyak (grease trap)

*Pemeriksaan ulangan akan dilakukan selepas tarikh akhir notis serta pemantauan berkala akan dilaksanakan dari masa ke semasa.